2 kertas siasatan babit perhimpunan bantah bakar al-Quran dirujuk DPP - Utusan Malaysia

2 kertas siasatan babit perhimpunan bantah bakar al-Quran dirujuk DPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua kertas siasatan membabitkan perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda, di sini, pada 27 Januari lalu, telah hampir siap dan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya, Rabu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kertas siasatan itu akan dirujuk untuk penelitian sebelum menunggu arahan tindakan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“Setakat ini, seramai 14 individu telah dipanggil dan selesai memberi keterangan,” katanya di sini hari ini.

Pada 27 Januari lalu, dua perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda di Persiaran KLCC dan Kedutaan Sweden di Jalan Mayang Sari, di sini bagi membantah dan mengutuk tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar al-Quran.

Seramai 80 orang dianggarkan menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Belanda, manakala hampir 400 orang lagi menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden bagi membantah tindakan biadap itu.

Paludan yang juga pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line ketika menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm pada 21 Januari lalu, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.

Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya