Zahid nafi ada rancangan awal tubuh kerajaan dengan PH

PAU 2022 : Zahid nafi ada rancangan awal tubuh kerajaan dengan PH

AHMAD ZAHID HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :  Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan daripada 119 calon UMNO Pilihan Raya UMNO PRU-15, hanya enam sahaja yang bertukar di saat akhir.

Katanya, perubahan itu adalah atas beberapa pertimbangan, namuh tidak menyatakan secara spesifik enam calon yang diubah pada saat akhir.

“Proses pemilihan calon, melibatkan Perhubungan Negeri melalui Pengerusi-Pengerusinya. Rundingan dalaman baik di peringkat Top Five, Biro Politik mahupun Majlis Tertinggi sentiasa berjalan.

“Semua proses ini memperlihatkan, keputusan-keputusan yang melibatkan soal pilihan raya telah melalui proses rundingan.  Malah ketika itu, baik di peringkat Top Five, Biro Politik mahupun Majlis Kerja Tertinggi, semuanya berkongsi pandangan,  bahawa tiada satu parti yang mampu membentuk kerajaan secara bersendirian. Maka dengan sebab itu, rundingan dengan pihak luar perlu diadakan.

“Pada ketika itu pilihan kita ada dua sahaja.  Pertama BN bersama PAS dan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak.  Kedua, BN tanpa Pas bersama rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan terdapat rancangan awal untuk mewujudkan kerajaan bersama dengan Pakatan Harapan.

“Adalah tidak adil menuding kononnya,  telah ada persefahaman awal dengan Pakatan Harapan, untuk membentuk kerajaan bersama. Kita tidak mempunyai perjanjian sulit, sebagaimana perjanjian sulit yang pernah ditandatangani, tanpa pengetahuan parti sebelum PRU-15. Ini pun tidak perlu saya perincikan, kerana ia telah menjadi rahsia umum.

“Jika muka baharu tewas pada PRU-15, muka lama dengan nama besar juga tewas.  Saya sendiri ditentang oleh tokoh dalam Parti Keadilan Rakyat di Bagan Datuk. Apakah ini bermakna,  saya ada perjanjian sulit dengan Pakatan Harapan? Apakah saya sendiri mahu mengecilkan peluang kemenangan saya di Bagan Datuk? Saya kira dengan iman yang ada, tepuk dada tanya selera.

“Memilih gabungan parti lain sebagai gabungan bagi membentuk Kerajaan Perpaduan, adalah bersandarkan persefahaman awal di peringkat parti kita,  bahawa tiada mana-mana parti boleh membentuk kerajaan,” katanya lagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya