Yayasan Bank Rakyat sumbang lebih RM28,000 bantu golongan bermasalah pendengaran

Yayasan Bank Rakyat sumbang lebih RM28,000 bantu golongan bermasalah pendengaran

SYAIFUL Rizal Abdul Ghani (kanan) menyampaikan alat bantuan pendengar kepada Nurul Husna Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Yayasan Bank Rakyat menyumbang sebanyak RM28,600 kepada Pertubuhan Membantu Pesakit Parah Miskin Malaysia.

Malah, yayasan berkenaan juga memperuntukkan lebih RM800,000 pada tahun lalu dengan anggaran seramai 37,500 penerima manfaat melalui pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Pengurus Besarnya, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, inisiatif itu melibatkan lima penerima golongan berpendapatan rendah (B40) dan asnaf yang berdepan masalah kurang pendengaran.

“Sumbangan bagi pembelian bantuan tunai pendengaran ini bertujuan bagi meringankan beban golongan B40, asnaf dan golongan yang kurang bernasib baik untuk meneruskan kehidupan seharian.

“Dengan pemberian bantuan alat pendengaran ini diharap mengurangkan masalah komunikasi harian mereka kerana kami faham alat bantuan ini sangat penting bagi merawat pesakit yang bermasalah dan kosnya sangat tinggi.

“Kami akan terus berusaha mengenal pasti golongan kurang bernasib baik daripada pelbagai kategori termasuk anak yatim, pesakit yang terlantar dan sebagainya.

“Kami berharap supaya lebih banyak pihak tampil memberi bantuan kepada golong kurang upaya (OKU) yang sentiasa memerlukan sokongan dan bantuan bagi menjalani kualiti kehidupan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyerahkan bantuan pembelian peralatan itu. Replika cek bantuan diserah kepada Setiausaha Pertubuhan Membantu Pesakit Parah Malaysia, Datuk Dr. Faisal Abdullah.

Yang hadir sama, Pengurus Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya