PETALING JAYA: Kaunter bergerak atau pandu lalu pengambilan dos penggalak Covid-19 perlu diperbanyak bagi membantu masyarakat mengambil dos tersebut, sekali gus memberi perlindungan kepada lebih ramai rakyat daripada penyakit berkenaan. Pengambilan dos penggalak sangat penting untuk mengurangkan risiko masyarakat terdedah dengan jangkitan Covid-19, iaitu sebagai pelengkap kepada kadar vaksinasi dua dos yang secara langsung mampu memastikan ekonomi bergerak dengan lancar apabila imuniti masyarakat dipertingkatkan. Kaunter tersebut boleh dilakukan terlebih dahulu…










