Warga Rusia menyamar pekerja wanita bertudung ceroboh Menara Merdeka 118

Warga Rusia menyamar pekerja wanita bertudung ceroboh Menara Merdeka 118

TANGKAP layar video memaparkan Angela Nikolau berada di puncak Menara Merdeka 118 yang dikongsikan di Twitternya malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang warga Rusia mendedahkan, dia menyamar sebagai pekerja bangunan wanita bertudung untuk menceroboh Menara Merdeka 118 sehingga memanjat ke puncak bangunan tersebut di Kuala Lumpur, dekat sini, baru-baru ini. 

Menerusi perkongsian di akaun Twitternya malam tadi, wanita dikenali sebagai Angela Nikolau itu juga mendedahkan, dia menyewa sebuah apartment dengan pemandangan menara berkenaan supaya dapat menjalankan pengawasan serta pemerhatian terhadap bangunan tersebut. 

Katanya, dia menghabiskan tempoh beberapa minggu mencari butiran penting yang perlu diketahui sebelum menceroboh menara berkenaan. 

“Saya mengakui jatuh cinta terhadap Menara Merdeka 118 sebaik sahaja melihatnya dan berasakan suatu sambungan secara spiritual. Ia adalah bangunan yang sangat megah di tengah bandar menakjubkan,” katanya.

Menceritakan pengalaman selepas dia gagal dikesan apabila dapat memasuki ke menara itu, katanya, dia berlari ke tingkat 32 pertama dan terpaksa berbaring di atas lantai konkrit dalam keadaan tidak berpakaian untuk menyejukkan diri sambil minum semua air yang ada apabila berada dalam keadaan yang panas. 

“Semasa berehat, saya menyedari bahawa saya telah dikesan dan kemudian mimpi ngeri bermula. Saya menjumpai tempat berlindung dalam kotak konkrit kecil yang mana saya tidak dapat meregangkan kaki dan perlu menghabiskan lebih dari 20 jam dalam kotak tersebut,” katanya.

Angela turut berkongsi keadaan dirinya pada 25 jam kemudian dengan tidak mempunyai makanan dan air selain tidak tidur. 

“Saya tidak dapat meregangkan kaki dan seluruh badan kaku serta sakit. Saya tidak boleh menangis pun kerana pekerja berada berhampiran. 

“Nasib baik pekerja di situ berehat dan saya boleh keluar dan berlari ke puncak menara,” katanya. 

Angela memberitahu, dia memanjat menara setinggi 53 tingkat itu dengan turut memakai memakai beg galas seberat 15 kilogram.

“Saya tidak pasti saya mendakinya jika saya tahu betapa tingginya menara itu. Selepas saya selesai mendaki, saya tidak berasakan lengan saya dan tidak dapat mengangkatnya,” katanya. 

Namun, katanya, semangatnya meningkat semula sebaik sahaja melihat pemandangan menara tersebut.

Pada 29 Disember lalu, polis menerima satu laporan daripada pihak pengurusan Menara Merdeka 118 untuk tindakan lanjut mengenai kes pencerobohan pasangan dari Rusia yang dipercayai memanjat menara terbabit.

Polis juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang memuat naik hantaran mengenai pencerobohan berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.