Warga emas rentung, rumah terbakar - Utusan Malaysia

Warga emas rentung, rumah terbakar

KEADAAN rumah yang musnah dalam kebakaran yang mengorbankan seorang warga emas di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis, hari ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Seorang warga emas yang menghadapi masalah mental rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Felcra Lubuk Sireh, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.20 petang itu, mangsa, Azizah Panjang Karim, 61, maut di tempat kejadian selepas terperangkap di dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.27 petang bagi melakukan tugas-tugas menyelamat mangsa terlibat.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 1.35 petang oleh pasukan penyelamat.” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Shokri berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian oleh anggota JBPM telah membawa kepada penemuan mayat mangsa yang ditemukan rentung dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Katanya, siasatan juga mendapati mengsa terbakar 90 peratus akibat daripada kejadian itu.

“Rumah berkenaan turut mengalami kemusnahan sebanyak 75 peratus. Siasatan awal mendapati mangsa tinggal seorang diri di rumah itu sewaktu kejadian berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shokri berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi menjalani proses bedah siasat selanjutnya.

Tambahnya, kes berkenaan juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu dan polis mengalu-alukan kerjasama masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat di talian 04-942222 berhubung kejadian itu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.