Walimatul Urus Perdana dijangka jadi acara tahunan, mampu jadi tarikan pelancong

Walimatul Urus Perdana dijangka jadi acara tahunan, mampu jadi tarikan pelancong

PENGANTIN yang diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) dijangka diteruskan dan dijadikan acara tahunan dalam membantu pasangan golongan asnaf serta mualaf bernikah.

Malah acara anjuran bersama MAIWP dan Pertubuhan Kemanusiaan Naurah Care itu secara tidak langsung menjadi tarikan pelbagai pihak termasuk pelancong asing bagi mengetengahkan budaya di negara ini pada masa akan datang

Justeru, Pengerusi Naurah Care, Sheikh Ahmad Fakhruddin Sh. Abd. Rahim berkata, acara seterusnya dijangka berlangsung pada Disember ini.

“Bagaimanapun, jumlah untuk sesi seterusnya kami tidak pasti. Bergantung kepada pihak MAIWP nanti.

“Paling penting, acara seperti ini diadakan dengan pelbagai aktiviti lain untuk bersama-sama mengetengahkan budaya masyarakat ini di samping memberi peluang kepada ramai orang mengenai peranan MAIWP,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penganjuran perkahwinan besar-besaran bertemakan ‘Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam’ itu  berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kelmarin.

Semua 100 pengantin diarak menaiki  bas Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak karnival di Dataran Merdeka dan mereka juga disandingkan atas pelamin yang disediakan.

Dalam pada itu, Sheikh Ahmad Fakhruddin berkata, pihaknya akan mempelbagaikan acara sampingan dalam penganjuran perkahwinan besar-besaran pada masa akan datang. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya