Usahawan terjejas banjir diberikan moratorium - Utusan Malaysia

Usahawan terjejas banjir diberikan moratorium

YPU Terengganu menawarkan moratorium pinjaman selama dua bulan kepada usahawan yang terjejas akibat banjir, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Usahawan yang menerima pinjaman daripada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dan terjejas teruk akibat banjir diberikan moratorium selama dua bulan bermula Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, moratorium pinjaman diberikan selepas mendapati ramai dalam kalangan usahawan berkenaan terlibat banjir, baru-baru ini.

Menurutnya, moratorium tersebut adalah lanjutan daripada pelaksanaan pengecualian bayaran kepada usahawan yang menyewa di premis YPU pada Disember 2022 dan Januari 2023.

“Mengambil maklum ramai usahawan yang teruk terkesan akibat musibah banjir besar baru-baru ini, kerajaan negeri melalui YPU sangat prihatin dengan kesengsaraan dihadapi peminjam.

“Berdasarkan data, lebih 3,000 usahawan merupakan peminjam pinjaman YPU dan ada antara mereka terjejas dengan banjir. Jadi kita menawarkan penangguhan bayaran Januari dan Februari.

“Permohonan moratorium kini sudah dibuka dan peminjam boleh memohon dengan menyertakan laporan polis serta gambar atau kemusnahan yang dialami,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Nurkhuzaini memberitahu, YPU perlu memastikan setiap permohonan yang diproses itu diisi dengan lengkap sebelum diluluskan dengan kadar segera.

Beliau berkata, tawaran moratorium selama dua bulan itu diharap dapat meringankan beban kewangan usahawan yang meminjam peminjam pinjaman daripada YPU.

Kejadian banjir yang melanda negeri ini bulan lalu merupakan yang terburuk dalam tempoh 40 tahun dengan lebih 41,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya