UNESCO lantik Zilfalil sebagai pengerusi dalam bidang genetik

UNESCO lantik Zilfalil sebagai pengerusi bidang genetik manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (UNESCO) melantik Profesor Dr. Zilfalil Alwi daripada Pusat Genom Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai pengerusi dalam bidang genetik manusia bermula 2022 hingga 2026.

Dr.  Zilfalil, merupakan pakar perunding kanan kanak- kanak dan genetik perubatan USM.

Universiti berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook, mengucapkan tahniah kepada Zilfalil atas pelantikan beliau.

Pelantikan tersebut juga dikatakan sebagai pengerusi pertama dalam genetik manusia yang dianugerahkan oleh UNESCO, di mana projek diketuai oleh Zilfalil itu akan memberi fokus kepada genetik manusia dengan rujukan khusus kepada talasemia.

UNESCO Chair dimulakan sejak tahun 1992 dengan objektifnya untuk menggalakan kerjasama dan rangkaian antarabangsa antara seluruh universiti bagi meningkatkan kapasiti institusi melalui perkongsian, pengetahuan, kolaboratif, budaya dan komunikasi.

Malah, sehingga kini UNESCO sudah melantik lebih daripada 900 pengerusi daripada lebih 950 institusi di 117 negara.

Sementara itu Zilfalil yang dihubungi berkata, beliau amat menghargai pelantikan tersebut dan menyifatkannya sebagai penghargaan terhapa keupayaan dan kepakaran tempatan.

“ Ini bukti Unesco hargai kepakaran kita dan saya akan terlibat berkaitan penyelidikan dan pendidikan kerana ini bidang UNESCO, “ ujarnya.

UNESCO merupakan sebuah agensi di bawah PBB yang beribupejabat di Paris , Perancis.

Beliau berkata, antara bidang penting  penyelidikan mengenai genetik manusia ialah kajian penyakit  talasemia.

Dengan pelantikan tersebut, beliau kini merupakan Pemegang Kursi UNESCO Genetik Manusia Talasemia. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya