PAU2022: UMNO Wilayah tolak usul jawatan Presiden,

PAU2022: UMNO Wilayah tolak usul jawatan Presiden, Timbalan Presiden tak dipertanding

pau2022
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abdul Kadir melihat membaca wawancara Presiden UMNO dalam Utusan Malaysia sembil diperhatikan wartawan-wartawan Utusan Malaysia (dari kanan) Aslinda Nasir, Juani Munir Abu Bakar dan Nevelin Majil.

KUALA LUMPUR: UMNO Wilayah Persekutuan menolak usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk terhadap parti keramat itu.

Jurucakapnya, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique berkata, isu itu jika tidak diberikan perhatian yang serius mungkin memberi kesan bukan sahaja kepada parti, malah kepada 60 peratus pengundi Melayu yang sedang memerhati.

Malah katanya, UMNO Wilayah Persekutuan juga bimbang pengundi akan menilai parti itu dari perspektif yang negatif sekiranya usul tambahan itu direalisasikan.

“Perjalanan UMNO masih jauh berliku di hadapan, saya yakin demi parti kita di bawah sedia berubah. Kami cuma mengharapkan agar pimpinan di atas juga mempunyai iltizam dan niat yang sama untuk memartabatkan semula parti.

“Belum terlambat untuk UMNO beri nafas baharu dan segar. Mungkin kita semua termasuk saya sendiri sudah membuat banyak kesilapan sebelum ini tetapi takkanlah kita nak biarkan kesilapan ini berterusan jika kita sedar dan tahu akibatnya?

“UMNO Wilayah mohon menyokong, kecuali usul tambahan, usul nombor lapan yang dibuat secara tidak betul semalam, iaitu usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan,” katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2022, hari ini.

Semalam, wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Shamsudin ketika berucap sebagai pencadang usul Ucapan Dasar Presiden UMNO mengemukakan usul tambahan itu.

Usul tersebut kemudiannya disokong perwakilan Terengganu merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN