UMNO parti keramat, kalah pun tetap jadi kerajaan - UMNO Kedah  - Utusan Malaysia

UMNO parti keramat, kalah pun tetap jadi kerajaan – UMNO Kedah 

PERWAKILAN menyanyikan lagu UMNO sebelum bermula Ucapan Dasar oleh Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO Kedah menyifatkan UMNO sememangnya sebuah parti yang keramat kerana tetap berpeluang menjadi sebahagian kerajaan walaupun ditolak pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Justeru, jurucakapnya, Nor Saidi Nayan menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana berjaya mengambil tindakan yang diperlukan untuk memastikan UMNO sentiasa berada dalam kerajaan.

“UMNO benar-benar sebuah parti keramat, kalau menang sudah tentu jadi kerajaan, itu biasa, tetapi kalau kalah pun tetap jadi sebahagian daripada kerajaan.

“UMNO kedah mengambil peluang menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Zahid di atas kejayaan meletakkan UMNO sebahagian daripada kerajaan dan UMNO kekal relevan sehingga hari ini,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden.

Beliau menyampaikan perbahasan itu secara tertutup pada persidangan hari pertama Perhimpunan Agung UMNO 2022 semalam, yang baru disiarkan di Laman Media, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya