Tuntutan cerai: This is it - Puteri Sarah - Utusan Malaysia

Tuntutan cerai: This is it – Puteri Sarah

PUTERI Sarah ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. - UTUSAN/SUWARNI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selesai memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini sebentar tadi.

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Puteri Sarah hadir dengan ditemani adik-beradik dan pasukan peguam syarienya.

Proses memfailkan perceraian selesai kira-kira pukul 11.25 pagi.

Terdahulu, ketika bertemu dengan pasukan peguam syarienya, terdengar Puteri Sarah mengatakan, ‘This is it’ kepada rakannya yang turut menemaninya.

Beberapa minit selepas itu, Puteri Sarah dan peguamnya memasuki salah sebuah bilik di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah.

Pada 10 Januari lalu, Puteri Sarah melalui Instagramnya memohon agar Syamsul ‘melepaskannya’ kerana beliau tidak rela dimadukan.

“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu,” tulisnya ringkas di laman sosial terbabit.

Syamsul pula dalam satu temu bual media berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah malah meminta isteri pertamanya itu untuk pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya