SEREMBAN: Hanya menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dapat menyelesaikan isu skim perkhidmatan kesihatan di negara ini sekali gus mengelakkan lebih ramai pakar dan pegawai perubatan berhijrah ke luar negara. Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, gesaan bagi penubuhan suruhanjaya tersebut telah lama disuarakan supaya transformasi sistem kesihatan negara dapat dilaksanakan termasuk daripada skim perjawatan. Beliau yang juga Tokoh Kesihatan Awam berkata, skim perjawatan…










