Tiga hingga enam bulan batal gabung fakulti UiTM

Tiga hingga enam bulan batal gabung fakulti UiTM

UiTM
UNIVERSITI Teknologi Mara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) memerlukan tiga hingga enam bulan untuk membatalkan penggabungan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Pengurusan Maklumat.

Presiden Alumni Masscomm UiTM, Basree Rakijan berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Ts Datuk Roziah Mohd. Janor dalam pertemuan bersama wakil alumni tersebut, baru-baru ini.

Katanya, dalam pertemuan itu, beliau meminta UiTM membatalkan serta-merta penggabungan itu, berdasarkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dimaklumkan dalam sepucuk surat bertarikh 1 November 2022 kepada universiti berkenaan.

“KPT telah memutuskan sama ada UiTM menukar nama gabungan ketiga-tiga fakulti itu kepada Kolej Pengajian Media, Komunikasi, Pengkomputeran dan Informatik atau melakukan penstrukturan semula dengan mengekalkan FKPM seperti sebelum ini.

“Pada Oktober lalu, Alumni Masscomm UiTM telah memulakan siri bantahan terhadap penggabungan ketiga-tiga fakulti yang kini dinamakan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media.

“Pengajian komunikasi fokus kepada melatih pelajar berfikir secara kritikal serta menulis dengan baik dan ia tidak perlukan penggabungan dengan bidang sains komputer serta matematik,” katanya dalam satu kenyataan.

Basree berkata, langkah membatalkan penggabungan itu perlu dilakukan segera.

“Ini supaya tidak menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran di fakulti tersebut, selain bagi mengelakkan timbulnya pelbagai masalah serta kekeliruan berikutan penggabungan itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya