Teks khutbah Selangor tepati isu semasa - Sultan Sharafuddin - Utusan Malaysia

Teks khutbah Selangor tepati isu semasa – Sultan Sharafuddin

Teks khutbah
Sultan Sharafuddin Idris Shah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan penghargaan dan memuji Ahli Jawatankuasa Khutbah dan Panel Khutbah Negeri Selangor 2021-2023 yang menghasilkan teks khutbah Jumaat cemerlang sejak tahun lalu.

Baginda dalam satu kenyataan dilaporkan bertitah, teks-teks khutbah-khutbah yang dihasilkan disifatkan sesuai dan bertepatan dengan isu-isu semasa yang didepani masyarakat beragama Islam di negara ini.

“Isi kandungan khutbah Jumaat yang difokuskan padat, tepat dan mudah difahami oleh masyarakat dengan penggunaan bahasa yang ringkas dan jelas,” katanya.

Tambahnya, terdapat beberapa topik yang menarik perhatian baginda diketengahkan dalam khutbah mutakhir ini seperti ‘Bahana Nikah Sindiket’, ‘Rasuah, Bahaya Pemikiran Islam Liberal’, ‘Kewajipan Mengundi Dalam Pilihanraya’, ‘Banggakah Kita Jadi Tukang Viral Fitnah di Media Sosial’ serta ‘Sultan Adil dan Bijak Dambaan Rakyat’.

Selain itu, tajuk khutbah seperti ‘Lindungi Harta Awasi Scammer’, ‘Derma Organ Demi Kehidupan’, ‘Hati-hati Dengan Hati’, ‘Biarkan Luncai Terjun Dengan Labu-labunya’, Fitnah Merosakkan Ummah’, ‘Iktibar Balik Kampung’, ‘Islam Menolak Pluralisme Agama dan Vaksin Ikhtiar Terbaik’ turut menarik perhatian Sultan Selangor.

“Khutbah Jumaat minggu ini pula membawa tajuk ‘Bijak Menyingkapi Pendapat’. Lazimnya, Baginda akan disembah maklum dengan isi kandung beberapa hari sebelum, di mana Baginda sendiri teruja menantikan kupasan tajuk-tajuk yang dipilih.

“Baginda berharap jawatan kuasa yang dipengerusikan oleh Datuk Salehuddin Saidin serta Panel Khutbah yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, akan meneruskan momentum cemerlang ini dan tampil dengan tajuk, naratif dan isi kandungan khutbah Jumaat yang relevan dengan keadaan semasa,” ujarnya.

Katanya lagi, lebih penting apabila baginda mahu khutbah Jumaat menjadi antara platform wajib bagi umat Islam di Malaysia untuk merangsang dan menyegarkan kembali pemikiran mereka mengenai isu-isu berkaitan syiar Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.