Suami isteri direman salah guna kuasa, tuntutan palsu

Amil zakat, isteri direman salah guna kuasa, tuntutan palsu

PASANGAN suami isteri yang disyaki melakukan salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas ahli majlis badan kerajaan Terengganu dan isterinya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa serta tuntutan palsu.

Perintah reman ke atas pasangan suami isteri berusia 63 dan 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Lelaki terbabit dipercayai menyalahguna kuasa berkaitan pelantikan syarikat milik isterinya sebagai amil zakat yang membolehkannya menerima komisyen sehingga RM600,000.

Kesalahan itu dilakukan suspek pada 2019 di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 sebelum ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM, semalam.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Suspek kedua pula disyaki membuat tuntutan wakalah dipercayai mempunyai butiran matan palsu antara tahun 2020 sehingga 2021 mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, wanita terbabit ditahan di pejabat syarikatnya di bandar raya ini kira-kira pukul 2.30 petang, Selasa lalu.

Kedua-dua suspek diwakili peguam Abdul Haiyyi Salim dan Datuk Fariz Irwan Mustafa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya