Shahrir bebas tuduhan gagal isytihar wang RM1 juta yang diterima daripada Najib

Shahrir bebas tuduhan gagal isytihar wang RM1 juta yang diterima daripada Najib

SHAHRIR Ab. Samad hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes gagal mengisytiharkan wang RM1 juta yang diterima daripada Najib Tun Razak. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Ab. Samad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan wang RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi memaklumkan pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan kes terhadap beliau pada masa datang.

Mahkamah mengguna pakai Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah ketika membebaskan Shahrir selain terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang dirujuk oleh pihak pembelaan.

Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara bagi mendengar keterangan bekas Perdana Menteri yang dijadualkan dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-23 dalam perbicaraan tersebut.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan.

Tindakan itu didakwa bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014.

Shahrir didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita lanjut menyusul ……

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya