Selepas 20 tahun, Panic At The Disco umum berpecah - Utusan Malaysia

Selepas 20 tahun, Panic At The Disco umum berpecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Popular dengan lagu I Write Sins Not Tragedy, Panic At The Disco (PATD) mengumumkan kini tidak lagi bergerak sebagai sebuah kumpulan selepas 20 tahun memperjuangkan muzik mereka

Pengumuman itu dibuat oleh vokalis kumpulan tersebut, Brendon Urie, di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Brendon, ini adalah waktu yang tepat untuk membawa haluan masing-masing sementelah dia juga mahu memberi tumpuan penuh terhadap keluarganya.

“Membesar di Vegas, saya tidak pernah bayangkan ke mana takdir hidup ini akan membawa saya. Begitu banyak tempat di seluruh dunia dan ramai kawan yang saya temui di sepanjang perjalanan itu.

“Tetapi adakalanya sebuah perjalanan harus dihentikan agar sebuah perjalanan baharu dapat bermula. Kami sudah lama menyimpan perkara ini dan mungkin ada yang sudah mendengar bahawa saya dan isteri, Sarah, akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.

“Saya ada tanggungjawab baharu dan perjalanan untuk membina keluarga inj sangat mengujakan buat saya,”katanya.

Berikutan itu, kata Brendon, dia terpaksa meletakkan noktah pada perjalanan band PATD kerana fokusnya kini telah berubah.

“Saya kena letakkan fokus dan tenaga kepada keluarga sebab keutamaan itu pada mereka. Jadi dengan itu, secara rasminya, PATD tidak akan lagi ada.

“Terima kasih kerana telah menyokong kami selama ini. Agak lama juga untuk saya susun ayat terbaik untuk memberitahu mengenai perkara ini. Sukar untuk saya kerana anda semua tahu betapa kumpulan ini juga amat bermakna untuk saya.

“Kami sangat berbesar hati dapat berkongsi pentas dengan ramai bakat-bakat hebat selama ini selain menghargai semua peminat,”katanya.

Dalam pada itu, Brendon juga memaklumkan konsert jelajah United Kingdom (UK) dan Eropah yang dijadual berlangsung pada Februari dan Mac ini tetap akan dijalankan mengikut perancangan asal.

Untuk info, PATD mula ditubuhkan oleh Brendon pada tahun 2004 bersama rakan baiknya, Urie, Ryan Ross, Spencer Smith dan Brent Wilson.

Album pertama yang dihasilkan PATD berjudul A Fever You Can’t Sweat Out pada tahun 2005.

Antara lagu hits kumpulan ini ialah House Of Memories, High Hopes, Nine in the Afternoon, Death of a Bachelor dan Me!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya