Segera tambah baik jambatan uzur Orang Asli - Utusan Malaysia

Segera tambah baik jambatan uzur Orang Asli

LAPORAN Utusan Malaysia yang dipetik Ahmad Zahid Hamidi mengenai jambatan uzur di Kampung Brooke Lama, Pos Brooke dekat Gua Musang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu pihak Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan mengambil tindakan segera terhadap aduan jambatan uzur di Kampung Brooke Lama, Pos Brooke dekat Gua Musang.

Aduan tersebut disiarkan Utusan Malaysia kelmarin yang menjejaskan lebih 500 penduduk Orang Asli di kampung berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pihaknya amat prihatin dengan apa yang dilalui penduduk berkenaan yang berdepan risiko keselamatan termasuk kehilangan nyawa.

Menurut beliau, hampir 500 penduduk Orang Asli itu yang menggunakan jambatan tersebut untuk pelbagai tujuan termasuk menghantar anak ke sekolah.

“Setelah dilakukan siasatan, saya dimaklumkan jambatan tersebut bukanlah satu-satunya laluan keluar masuk yang ada di kawasan itu.

“Namun pihak Jakoa telah membina sebuah jalan konkrit di sebelah belakang kawasan kampung yang seterusnya bersambung dengan jalan berturap tar menuju ke KOA Liak dan Kuala Rengil,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, jalan konkrit tersebut merupakan laluan utama dan boleh diakses oleh kereta, pacuan empat roda dan motosikal.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar proses penambahbaikan dan baik pulih diperlukan bagi jambatan tersebut demi keselamatan penduduk di situ. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya