Sabah, Sarawak putuskan sendiri projek bawah RM50 juta - PM

Sabah, Sarawak diberi kuasa putuskan projek bawah RM50 juta – PM

ANWAR Ibrahim bersama menteri-menteri Kabinet dalam sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Sabah dan Sarawak dibenarkan membuat keputusan bagi menetap dan meluluskan pelaksanaan projek di bawah RM50 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini setelah beberapa projek yang tertangguh disebabkan kerenah birokrasi sehingga menyukarkan pelaksanaannya.

Menteri Kewangan itu bagaimanapun tidak menjelaskan projek-projek khusus berkaitan, namun, segala keputusan berhubung projek boleh diputuskan oleh Sarawak dan Sabah namun masih perlu mengikut peraturan-peraturan kewangan.

“Ada beberapa yang tertangguh umpananya keputusan menyegerakan pelaksanaan beberapa projek. Walaupun Jabatan Kerja Raya (JKR) ada di Sabah dan Sarawak, tetapi kata putus banyak di Putrajaya.

“Walaupun peruntukan besar diberikan, tetapi tidak dapat dipenuhi kerana karenah pentadbiran mengikut peraturan biasa yang terpaksa merujuk ke peringkat Persekutuan.

“Sebab itulah, keputusan boleh dibuat oleh kedua-dua negeri tanpa dilengahkan kerana sebelum ini tunduk kepada peraturan lama (merujuk kepada Persekutuan),” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Pada 21 Disember tahun lalu, kerajaan bersetuju memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). –UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.