Rokok tidak bercukai bernilai lebih RM10 juta dirampas polis

Rokok tidak bercukai bernilai lebih RM10 juta dirampas

S. SASIKALA Devi (tengah) menunjukkan rokok tidak bercukai kastam yang dirampas dalam sidang akhbar di Sungai Buloh, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis merampas rokok tidak bercukai kastam dianggarkan bernilai RM10.8 juta dalam serbuan di sebuah premis di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, tengah hari semalam.

Dalam Op Kontraban kira-kira pukul 12.14 tengah hari itu, sebanyak 2,720 kotak rokok telah dirampas.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, dalam serbuan itu, pihaknya telah memberkas empat lelaki tempatan yang berusia antara 23 hingga 30 tahun.

Katanya, susoek masing-masing bekerja sebagai pekerja stor simpanan dan ‘transporter’ telah mengaku terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak Januari tahun lalu.

“Mereka diberi arahan melalui sosial media dan telah menjadi sebahagian daripada pengedar.

“Rampasan membabitkan sebanyak 2,455 kotak rokok berwarna coklat setiap kotak mengandungi 50 karton rokok La Black dan 265 kotak rokok berwarna coklat mengandungi 80 karton rokok La Light. 

“Dalam pada itu, kami juga turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi, sebuah lori Mitsubishi dan sebuah lori Datsun,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Sungai Buloh hari ini.

Menurutnya, suspek telah dibawa ke mahkamah hari ini dan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 jika disabit kan kesalahan boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya