PRK UiTM dilanjut esok - Utusan Malaysia

PRK UiTM dilanjut esok

UiTM
UNIVERSITI Teknologi Mara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilanjutkan sehingga pukul 5.30 petang esok ekoran masalah teknikal menyebabkan sebahagian mahasiswa tidak dapat mengundi.

Justeru keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK) itu juga ditangguhkan sehingga tempoh pengundian tamat esok.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) universiti itu memberitahu, perlanjutan tempoh yang sepatutnya tamat hari ini membenarkan mahasiswa yang belum mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

“Sepanjang proses pengundian dalam talian berlangsung, terdapat beberapa masalah teknikal telah dikenalpasti yang menyebabkan sebilangan mahasiswa UiTM tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan mengundi dalam talian.

“Oleh demikian, bagi memudahkan serta memberi peluang kepada semua mahasiswa UiTM di seluruh kampus untuk mengundi, Jawatankuasa Induk Pemilihan bersetuju untuk melanjutkan tempoh mengundi dalam talian sehingga 19 Januari 2023 (Khamis) pada jam 5:30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan lebih 160,000 mahasiswa memilih 94 calon daripada 24 fakulti dan kolej pengajian selepas kempennya yang bermula pada Isnin minggu lalu tamat 11.59 malam tadi.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Profesor Dr. Mohd. Sazili Shahibi, pengundian hari ini akan menyaksikan pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi setiap fakulti dan kolej pengajian sebelum mereka menyertai MPP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.