Program Wellness X 32 UiTM pupuk kesedaran amalan gaya hidup sihat

Program Wellness X 32 UiTM pupuk kesedaran amalan gaya hidup sihat

ANTARA peserta yang memeriahkan Program Wellness X 32 anjuran FSR di Pusat Sukan UiTM, Shah Alam. - IHSAN FSR UiTM Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Program Wellness X 32 anjuran Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM Shah Alam memupuk kesedaran serta amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus, peringkat komuniti dan agensi kerajaan.

Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin berkata, program itu menerima sambutan luar biasa.

Katanya, beberapa agensi kerajaan sudah menyatakan hasrat untuk berkolaborasi bagi meneruskan program itu pada masa hadapan.

“Seramai 2,300 peserta menyertai program itu termasuk 133 kalangan orang awam merangkumi 50 orang dari Pusat Aktiviti Warga Emas Putrajaya dan Rumah Penjagaan Damai.

“Kami sudah bersedia untuk memperluaskan program Wellness X ini ke peringkat komuniti luar UiTM termasuk agensi-agensi kerajaan dan pihak korporat.

“Ada beberapa agensi kerajaan yang sudah pun menyatakan minat berkolaborasi dengan FSR untuk mengadakan program ini pada masa depan,” katanya dalam kenyataan.

Program yang berlangsung di Pusat Sukan UiTM bertemakan ‘Komuniti Sihat, Generasi Sihat’ merangkumi dua sesi khas iaitu sesi petang melibatkan penyertaan warga emas, manakala sesi malam disertai pelajar UiTM serta orang awam.

Pengarah Program Wellness X 32, Nur Inessa Khalilah Mohamed Aidi Shahriz pula berkata, program anjuran pelajar FSR itu adalah antara yang dinanti-nantikan oleh warga UiTM setiap tahun.

Katanya, program yang mempromosikan aktiviti kecergasan senamrobik ini turut mendapat sokongan daripada penaja seperti Bio’re, Adabi, Makerz, Gardenia, Sportflex, Mukbang dan Physiocare.

Menurutnya, ia dikendalikan sendiri oleh pelajar dan menggunakan khidmat serta kepakaran pensyarah FSR sebagai Instruktor.

“Ini adalah peluang berharga kami untuk mempraktikan ilmu dipelajari, dalam masa sama menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×