Pos sempadan, ICQS perlu ditambah baik - kata Fadillah

Pos sempadan, ICQS perlu ditambah baik – Fadillah

FADILLAH Yusof ketika menyantuni warga emas OKU yang bakal menyambut perayaan Tahun Baharu Cina di Jalan Sungai Tengah, Matang di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pos sempadan dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin  (ICQS) di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia akan ditambah baik dengan kemudahan dan jalan raya yang dinaik taraf berikutan pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah berkata ia antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu

Beliau berkata, kawasan di sepanjang sempadan dan ICQS, termasuk jalan raya akan dinaik taraf dan dibangunkan ketika ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan sedang dibina.

“Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah membentangkan permintaan berkenaan semasa mesyuarat mengenai penambahbaikan jalan raya dan dua kemudahan ICQS, masing-masing di Tebedu dan Biawak.

“ICQS di sebelah negara jiran kita telah siap dan dilengkapi dengan kemudahan yang selesa.

“Selain itu, jalan dari Tebedu ke Serian perlu dinaik taraf kerana ia sering digunakan oleh pengembara,” kata Fadillah kepada media selepas menyerahkan buah mandarin dan ang pau kepada warga emas dan orangbkurangbuoaya (OKU) di Jalan Sungai Tengah, Matang hari ini.

Fadillah berkata,  projek berkenaan adalah di bawah peruntukan kemenyerian beliau untuk menyelia pembangunan fizikal di Sarawak dan Sabah.

Di samping itu, katanya perkara itu akan dibincangkan bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Tambahnya, pelarasan akan dibuat kepada peruntukan awal RM1 bilion yang diumumkan melihat kepada keutamaan Sarawak dan Sabah berhubung apa yang akan dilaksanakan tahun ini dan seterusnya..

“Pos sempadan kita juga akan dinaik taraf dengan kemudahan dan keselamatan yang lebih baik termasuk menambah bilangan pos sempadan yang diperlukan di sepanjang sempadan.

“Aset yang digunakan oleh tentera dan polis di sempadan akan ditambah juga dengan peralatan baharu dan juga meningkatkan kekerapan tugas rondaan.

Selain itu, Fadillah turut menyentuh tentang kebajikan pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan daerah.

“Jadi, banyak aspek yang perlu dibincangkan mengenai keperluan untuk menjamin keselamatan sempadan kita,” kata Fadillah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.