Polis tunggu laporan sampel darah pemandu, mangsa - Utusan Malaysia

Polis tunggu laporan sampel darah pemandu, mangsa

MOHD. Yusri Hassan Basri (tengah) menunjukkan peralatan memproses dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampar kelmarin dalam sidang akhbar di IPK Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis sedang menunggu laporan ujian darah ke atas pemandu kereta yang terlibat nahas mengorbankan dua beranak dalam kejadian di Tebuk Rimba, Simpang Empat Semanggol, Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, sampel darah lelaki berusia 28 tahun itu telah diambil untuk dianalisis.

“Kita telah ambil sampel darah mangsa-mangsa terlibat (termasuk dua beranak) dalam kemalangan maut itu dan sedang menunggu keputusan pihak hospital atau Jabatan Kimia.

“Buat masa sekarang, pemandu kereta yang dirawat di Hospital Taiping dalam keadaan stabil,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 7.30 malam itu berlaku selepas lori dipandu Shahren Ismail, 37, bertembung sebuah kereta jenis Toyota Yaris dipandu doktor yang bertugas di Hospital Taiping.

Pelanggaran itu menyebabkan mangsa dan ibunya, Zainab Alias, 64, yang juga peniaga sate cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya