Polis tahan pasangan suami isteri siasat kes letupan di Pandan Indah - Utusan Malaysia

Polis tahan pasangan suami isteri siasat kes letupan di Pandan Indah

Suami isteri
S. SASIKALA DEVI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menahan pasangan suami isteri dipercayai suspek kes letupan yang mengakibatkan seorang pembantu tukang masak maut di Pandan Indah, Ampang, pada Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, dua suspek itu ditahan sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dekat sebuah taman perumahan di Serdang, Kedah kira-kira pukul 7.20 malam semalam.

“Bertindak atas maklumat yang diperoleh melalui risikan, pasukan tersebut menahan pasangan suami isteri warga tempatan itu yang masing-masing berumur 33 dan 30 tahun.

“Pihak polis percaya tangkapan ini boleh membantu polis menjalankan siasatan berhubung kes letupan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya memohon reman daripada Mahkamah Majistret untuk dua suspek itu selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kata Sasikala, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan menyebabkan kematian seseorang individu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes ini. Biar polis selesaikan kes ini,” tegasnya.

Utusan Malaysia pada minggu lalu melaporkan berhubung kes tersebut, yang mana mangsa terkorban setelah satu objek disyaki bahan letupan yang dibungkus dalam sebuah bungkus meletup ketika cuba mengalihkannya di atas keretanya.

Siasatan awal polis di tempat kejadian menemui beberapa objek seperti peranti powerbank, serpihan pisau pemotong kertas dan bateri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.