Pindaan hukuman gantian mati mandotori dibentang sesi Parlimen akan dantang

Pindaan hukuman gantian mati mandotori dibentang sesi Parlimen akan dantang

RAMKARPAL SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang meneliti dan mengkaji semula cadangan serta pandangan yang dikemukakan sebelum ini berkaitan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, pindaan undang-undang berkaitan akan dimuktamadkan segera dan dijadualkan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.

Menurut beliau, antara penelitian yang dilakukan ialah syor-syor Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum, sesi libat urus dengan agensi kerajaan berkaitan serta pihak pertubuhan sivil dan pertubuhan bukan kerajaan (CSO/NGO).

Pada masa sama, ia turut mengambil kira kedudukan semua pihak terlibat demi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta kedaulatan undang undang sentiasa diberi keutamaan.

“Kerajaan Perpaduan sentiasa komited terhadap pemansuhan hukuman mati mandatori dan yakin penyelesaian terbaik akan dilaksanakan terhadap 1,327 orang banduan hukuman mati demi memastikan kepentingan semua pihak akan diambil kira.

“Proses ini perlu menitikberatkan aspek perundangan dan kita sentiasa mengalu-alukan cadangan dan input baharu daripada CSO/NGO dan pihak-pihak berkepentingan mengenai isu ini agar proses pembaharuan undang-undang adalah telus dan holistik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas gesaan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah semasa Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2023 agar kerajaan mengambil langkah sewajarnya supaya banduan hukuman mati seramai 1,327 orang dapat dikecualikan daripada hukuman mati selepas hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan dimansuhkan.

Sebelum ini, sebanyak tujuh rang undang-undang (RUU) berkaitan pindaan akta-akta untuk pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dibentangkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang Undang) di Dewan Rakyat pada 6 Oktober tahun lalu.

Sebarang pindaan perlu dibentangkan semula ke sidang Parlimen akan datang disebabkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya