Pesara maut, motosikal bergesel lori

Pesara maut, motosikal bergesel lori

KEADAAN mangsa maut apabila motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Dengkil - Air Hitam, Selangor. - GAMBAR IHSAN IPD SEPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah lori dalam kejadian pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.35 pagi di Jalan Dengkil – Air Hitam itu, mangsa yang juga pesara berusia 67 tahun maut serta-merta di lokasi kejadian akibat cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakan bergesel dengan sebuah lori di laluan sama.

Beliau berkata, insiden itu menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan raya dan dirempuh lori yang sama.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik sebelum mayat di bawa ke Hospital Putrajaya untuk urusan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya