Perpaduan antara kaum bertambah baik - Utusan Malaysia

Perpaduan antara kaum bertambah baik

AARON AGO Dagang( tengah) bergambar bersama kakitangan agensi dan jabatan di bawah Kementerian Perpaduan Negara di Dewan 2020, Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Hubungan dan perpaduan antara kaum di negara ini bertambah baik berdasarkan dapatan Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2.0 yang dijalankan tahun lalu.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, IPNas 2.0 telah dilaksanakan secara bersama dengan Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi melihat kedudukan tahap perpaduan.

Katanya, pelaksanaan Kajian IPNas juga adalah selaras dengan Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan Bidang Keutamaan E Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bagi memperkukuh perpaduan negara makmur.

“Kajian IPNas 2.0 menunjukkan pencapaian pada nilai 0.629 yang membawa madsud kesepaduan nasional negara berada pada tahap sederhana dan terkawal.

“Kajian IPNas 2.0 telah dijalankan di seluruh Malaysia melibatkan tiga kategori responden iaitu individu, keluarga dan komuniti dengan saiz sampel sebanyak 28,613 orang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis amanat Menteri Perpaduan Negara bersama jabatan dan agensi kementerian berkenaan bagi negeri Kedah dan Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.

Tambah Aaron Ago, kajian IPNas 2.0 dilaksanakan melalui kaedah pengedaran borang soal selidik secara dalam talian menggunakan soal selidik SurveyMonkey merangkumi pelbagai elemen.

“Tahap kesepaduan sosial pada tahun 2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.062 (6.2%) daripada nilai indeks 0.567 yang dicapai pada tahun 2018.

“Kajian ini bertujuan mengukur tahap perpaduan dan keharmonian negara untuk tempoh dua tahun dan mencadangkan pelan tindakan memantapkan perancangan serta pelaksanaan program bagi meningkatkan tahap perpaduan di Malaysia,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berharap agar bilangan Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan terus berkembang pada masa hadapan.

Katanya, buat masa ini, terdapat 1,781 Tabika Perpaduan dan 41 Taska Genius Perpaduan dan jumlah itu boleh dikembangkan mengikut Kawasan Rukun Tetangga.

“Tiada isu institusi pendidikan awal kanak-kanak itu tidak relevan kerana proses pengajarannya menggunakan silibus atau kurikulum sama dengan tadika milik kerajaan yang lain.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.