Perlu ada ilmu, beri kritikan membina – Aubrey Suwito - Utusan Malaysia

Perlu ada ilmu, beri kritikan membina – Aubrey Suwito

KUALA LUMPUR 26 Jan 2023 -Penyanyi, Dayang Nurfaizah bersama Pengarah Urusan Music Universal, Kim Lim (kiri), Pengarah A&R and Marketing, Hermond Cheng (tengah), pengarah muzik dan komposer terkenal, Aubrey Suwito (dua dari kanan) dan Head Def Jam Recordings Malaysia, Brendan Chan ketika majlis pra-pelancaran album Belagu 2 di Kuala Lumpur. Majlis pra pelancaran album Belagu 2 oleh Dayang Nurfaizah di Liberal Latte. - M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANTANG bersuara berhubung kontroversi melibatkan seorang juri barubaru ini. Maestro muzik, Aubrey Suwito berpendapat, pemilihan juri tidak semestinya bergantung kepada pencapaian atau kejayaan yang pernah diukir oleh seseorang artis. 

Tetapi baginya,seseorang juri itu perlu ada ilmu supaya boleh memberi kritikan membina dan menyampaikan sesuatu teguran bersifat mengajar untuk peserta memperbaiki kelemahan yang ada. 

“Tak perlu pemenang anugerah pun untuk jadi juri tetapi bagi saya, kena ada ilmu yang cukup. Supaya pengkritik tahu bagaimana mahu memberi teguran berilmu. Memberi komen yang mampu memberi impak positif kepada persembahan peserta. 

“Kritikan juga harus membina bukan menjatuhkan. Juri juga harus masih relevan dan tahu perkembangan muzik atau genre penjurian sesuatu program. Muzik sebagai contoh berkembang dengan pesat. 

“Kita tidak tahu dalam tempoh tiga bulan akan datang, apakah trend terkini. Jadi setiap juri perlu ada ilmu dan bersifat mengajar,” jelasnya yang terbuka sekiranya diminta untuk menjadi juri bagi sesebuah program realiti. 

Bercakap tentang insiden baru-baru ini, jelas Aubrey, setiap juri mempunyai karakter tersendiri dan pihak produksi sesebuah program pasti sudah maklum dengan kriteria serta gaya penjurian mereka. 

“Saya tidak mahu tuding jari. Setiap juri yang dipilih menjalankan kerja mereka mengikut karakter tersendiri. Tetapi budaya kritikan sebegitu tidak seharusnya berlaku. Individu kreatif akan berhabis-habisan memperjuangkan karya mereka. Tetapi apabila dikritik sebegitu secara langsung, itu boleh membunuh semangat. Kita boleh mempelajari kritikan positif, membina dan menunjuk ajar. Berikan semangat untuk mereka terus berjuang,” katanya.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.