Perdana Menteri prihatin impian rakyat Sabah - Shafie Apdal  

Perdana Menteri prihatin impian rakyat Sabah – Shafie Apdal  

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Warisan (Warisan) mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung projek bernilai RM50 juta ke bawah diserahkan kepada Sabah dan Sarawak termasuk pemberian khas untuk kedua-dua wilayah. 

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal  berkata, pengumuman itu adalah berita baik sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan Persekutuan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

“Parti Warisan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri terhadap impian penduduk Sabah yang sudah lama ingin melihat perjanjian ini dilaksanakan,” katanya hari ini. 

Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini, Anwar memaklumkan  Kementerian Kewangan bersetuju menetapkan mana-mana pelaksanaan projek di bawah nilai RM50 juta diserahkan hampir sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak. 

Ini setelah beberapa projek yang tertangguh disebabkan kerenah birokrasi sehingga menyukarkan pelaksanaannya. 

Kerajaan juga akan memuktamadkan segera gesaan segelintir pihak supaya mempercepat proses semakan semula pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak melalui geran tahunan yang selama ini tidak dilakukan.

Baru-baru ini, Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis menggesa supaya kerajaan mempercepat proses semakan semula pemberian khas kepada Sabah melalui geran tahunan supaya selari dengan formula 40 peratus hasil negeri yang dikutip kerajaan Persekutuan. 

Di dalam Bahagian IV Jadual Ke-10 Perlembagaan, Sabah berhak menerima Pemberian Khas bersamaan dua perlima atau 40 peratus daripada hasil bersih negeri dikutip Kerajaan Persekutuan.

Pun begitu, hingga kini, Sabah tidaklah mendapat 40 peratus hasil bersih negeri, namun digantikan dengan pemberian khas lain dalam tempoh setiap lima tahun, menyaksikan jumlahnya masing-masing RM20 juta (1969), RM21.5 juta (1970), RM23.1 juta (1971), RM24.8 juta (1972) dan RM26.7 juta (1973).

Semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kabinet menaikkan amaun pemberian khas baharu untuk Sabah sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 (sejak tahun 1973) kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022, dan amaun itu akan terus meningkat setiap tahun bagi tempoh 2023-2026 mengikut kadar kenaikan dipersetujui secara bersama.  

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika bayaran pemberian khas baharu itu telah diselesaikan ketika Anwar pula menyatakan bahawa ‘semakan atau kajian semula berkenaan pemberian khas akan dimuktamadkan segera’. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.