Peranakan Baba Nyonya minta pengiktirafan kerajaan

Peranakan Baba Nyonya minta pengiktirafan kerajaan

RONALD Gan menunjukkan gambar datuk dan neneknya yang berketurunan Baba dan Nyonya di Taman Bukit Nibong, Melaka. - FOTO/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kelompok masyarakat Baba dan Nyonya meminta kerajaan mengiktiraf mereka sebagai satu sub etnik yang sah dalam sijil kelahiran walaupun dinyatakan sebagai Cina Baba.

Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya, Datuk Ronald Gan berkata, ini kerana kali terakhir kewujudan kaum Baba dan Nyonya diperakui dalam sijil kelahiran adalah pada era 40-an, dengan catatan sebagai ‘Baba’ ataupun ‘straits-born Chinese’.

Katanya, selepas negara mencapai kemerdekaan sehingga kini, kelompok peranakan itu tidak mempunyai status yang jelas, di mana keturunan mereka terpaksa memilih ‘lain-lain’ dalam semua jenis pendaftaran membabitkan maklumat peribadi. 

Justeru tegas Ronald, kerajaan hari ini perlu mengiktiraf sub etnik tersebut melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selepas mendakwa lebih 70 tahun hak mereka diketepikan.

“Kita Baba Nyonya rasa tidak ada status langsung dalam negara. Jangan kata bumiputera, sebagai contoh Melayu dahulu boleh memilih kategori sub etnik seperti Melayu Minangkabau, begitu juga Cina Hokkien, Cina Hailam, India Malayalam dan sebagainya. 

“Di mana Baba? Adakah di petak ‘lain-lain’? Tapi setiap kali Sukan SEA, Sukan Komanwel, kerajaan panggil naik beca, nyanyi Dondang Sayang, adakah kami setakat produk pelancongan? Mana status kita dalam negara?,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Tahun Baru Cina di rumahnya di Taman Bukit Nibong di sini.

Tambah Ronald, pengiktirafan tersebut bukan bermakna Baba dan Nyonya menuntut sebarang hak keistimewaan, sebaliknya ia hanyalah untuk memudahkan urusan seharian mereka bagi tujuan maklumat diri, termasuk membantu Jabatan Perangkaan mengemas kini data berkaitan dengan lebih tepat. 

Jelasnya, terkini terdapat enam persatuan besar Peranakan di seluruh negara termasuk Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Terengganu dengan anggaran keahlian mencecah 9,000 orang. 

“Kita hendak kerajaaan iktiraf, di bawah JPN satu pilihan untuk kami, meskipun perlu memilih bangsa Cina, kami akur tetapi mestilah Cina Baba, janganlah minta kami pilih Cina Hokkien,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya