Pengambilan dos penggalak kedua meningkat

Pengambilan dos penggalak kedua meningkat

NOOR Hisham Abdullah bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Nurhyati Rusli (kanan) pada Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan bersama Media di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melihat trend peningkatan pengambilan dos penggalak kedua di fasiliti kesihatan di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akui pengambilan dos penggalak kedua sedikit hambar berbanding dos penggalak pertama, namun ia semakin meningkat ketika ini.

Beliau berkata, peningkatan itu didorong oleh kebimbangan orang awam mengenai situasi terkini penularan Covid-19 di China awal bulan lalu.

“Sejak dua minggu lalu, kami melihat satu keadaan positif terhadap pengambilan suntikan dos penggalak kedua itu.

“Justeru, kami mahu individu berisiko supaya tampil ke hadapan dan mengambil dos penggalak berkenaan secara ‘walk-in’ di fasiliti KKM dan swasta di seluruh negara,” katanya pada sesi taklimat khas bersama media di sini, hari ini.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, Dr. Saidatul Norbaya Buang berkata, buat masa ini, secara purata sebanyak 7,000 suntikan dos penggalak kedua diberikan kepada penerima setiap hari.

Menurutnya, ia peningkatan ketara iaitu sekitar 4,000 dos sehari sejak dua minggu lalu dan hanya beberapa ratus sebelum itu.

“Secara keseluruhan, sebanyak 50 peratus sahaja rakyat Malaysia yang mengambil suntikan dos penggalak pertama dan hanya 2.1 peratus bagi dos penggalak kedua.

“Daripada jumlah itu, 71.6 peratus bagi dos penggalak pertama diambil oleh warga emas manakala, dos penggalak kedua pual sekitar manakala, 5.6 peratus.

“Bagi peringkat usia 18 hingga 59 tahun pula, 69 peratus daripada mereka sudah mengambil dos penggalak pertama manakala, sekitar 2.9 peratus bagi dos penggalak kedua,” katanya.

Katanya, KKM menggalakkan pengambilan dos penggalak bagi individu berisiko 60 tahun dan ke atas, pesakit kronik, individu mudah mendapat jangkitan teruk Covid-19 (ibu hamil atau penghuni terlantar sakit di hospital) dan individu berusia 18 tahun ke atas.

Buat masa ini, suntikan dos penggalak ditawarkan di 1,293 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara iaitu di 104 hospital KKM, 754 buah klinik kesihatan dan 435 pusat pemberian vaksin (PPV) swasta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya