Penduduk minta pihak berkuasa pantau kualiti air

Penduduk minta pihak berkuasa pantau kualiti air

INILAH kawasan air terjun di Tasik Puteri, Bukit Besi yang menjadi tumpuan pelancong untuk mandi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Pemantauan terhadap tahap pencemaran air di Tasik Puteri, Bukit Besi perlu dilakukan lebih kerap agar keindahannya kekal terpelihara untuk tarikan pelancong.

Beberapa penduduk tempatan yang ditemui Utusan Malaysia menyatakan mereka mahu kuali­ti air tasik tersebut tidak terjejas walaupun terdapat aktiviti perlombongan bijih besi berdekatan kawasan rekreasi tersebut.

Seorang penduduk, Mohd. Jaffri Ali, 52, berkata, walaupun terdapat aktiviti perlombongan bijih besi di kawasan berdekatan tetapi sewajarnya dijalankan secara ter­kawal.

Menurutnya, penduduk tidak mahu aktiviti tersebut boleh menjejaskan kualiti air di tasik itu.

“Penduduk tidak mem­bantah kegiatan per­lombongan itu tetapi hanya mengharapkan ia tidak menjejaskan eko­sistem di tasik ber­kenaan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Amran Mohamed Nor, 48, berkata, tasik tersebut kini semakin dikenali dan menjadi tumpuan pelancong pada hujung minggu.

Ini kerana jelasnya, tasik itu mempunyai pemandangan yang menarik ditambah pula warna air tasik yang kehijauan dan cantik untuk dirakam melalui foto dan video.

“Ketika ini terdapat beberapa aktiviti rekreasi di tasik tersebut iaitu kayak dan ‘paddle boat’. Selain itu, terdapat air terjun yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mandi.

“Sehubungan itu, kualiti air di tasik itu perlu dikawal dan pastikan tidak berlaku pencemaran yang serius daripada aktiviti perlombongan,” jelasnya.

Sementara itu, seorang penduduk yang tidak mahu dikenali berkata, dia difahamkan tasik ini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti selaman dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) tidak pernah mempromosikannya sebagai pusat selam.

“Ini kerana faktor geografi Tasik Puteri yang memang dikeli­lingi bekas lombong bijih besi tidak sesuai untuk aktiviti selaman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN