Pembelaan bantah Hakim Mahkamah Rayuan jadi panel semakan Najib - Utusan Malaysia

Pembelaan bantah Hakim Mahkamah Rayuan jadi panel semakan Najib

PENYOKONG Najib Tun Razak hadir memberi sokongan untuk pendengaran permohonannya agar sabitan dan hukuman penjaranya dalam kes rasuah SRC International disemak semula di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejurus selepas permohonan semakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekal sabitan dan hukumannya dipanggil untuk pendengaran di Mahkamah Persekutuan di sini, peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan bantahan berhubung komposisi panel hakim hari ini.

Muhammad Shafee mengemukakan bantahan itu ekoran Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais telah dilantik untuk menjadi sebahagian panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar semakan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Peguam terbabit antara lain menyebut mengenai Seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang menyatakan prosiding di Mahkamah Persekutuan hendaklah didengar dan dimuktamadkan oleh tiga orang Hakim atau oleh apa-apa bilangan ganjil yang lebih besar Hakim Mahkamah Persekutuan.

Salah seorang ahli panel, Datuk Nordin Hassan kemudian mengemukakan Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan yang turut menyentuh mengenai perkara sama.

Menurut Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan seorang hakim Mahkamah Rayuan selain Presiden Mahkamah Rayuan boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan jika Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang sedemikian.

Muhammad Shafee dalam hujahan balas ringkasnya menyatakan sebelum Hakim Mahkamah Rayuan dilantik untuk menganggotai panel tersebut, Ketua Hakim Negara perlu menunjukkan keperluan kepentingan keadilan yang memerlukan pelantikan itu dibuat.

Pada ketika ini, peguam terbabit masih lagi berhujah berhubung bantahan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.