Pelengkap sambutan Tahun Baharu Cina

Pelengkap sambutan Tahun Baharu Cina

ORANG awam teruja melihat persembahan tarian singa sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMBUTAN Tahun Baharu Cina seperti tidak lengkap tanpa persembahan tradisi ta­rian singa dan naga.

Ia sinonim dengan sambutan perayaan itu dan merupakan budaya masyarakat Tionghoa selain kepercayaan membawa tuah kepada mereka jika persembahan diadakan di kediaman atau premis-premis perniagaan.

Diiringi paluan gendang dan gong serta lagaan simbal, penari-penari di sebalik kostum singa atau naga menunjukkan ketangkasan melakukan pelbagai aksi akrobatik yang memukau perhatian penonton.

Selepas dua tahun agak sepi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19, kumpulan persembahan itu kembali ‘bernyawa’ selepas menerima banyak undangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya