Pelakon legenda Itali, La Lollo meninggal dunia

Pelakon legenda Itali, La Lollo meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Pelakon legenda Itali, Gina Lollobrigida yang juga nama besar dalam industri perfileman Eropah disahkan meninggal dunia di sebuah klinik, di sini.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir ketika mencecah usia 95 tahun dan pernah mendapat julukan sebagai ‘pelakon wanita paling cantik di dunia’.

Turut dilabel sebagai simbol seks di peringkat antarabangsa, antara filem yang dibintangi mendiang adalah Beat the Devil, The Hunchback of Notre Dame dan Crossed Swords.

Lollobrigida atau lebih dikenali sebagai La Lollo mula memperlahankan rentak lakonan pada 1960 sebelum berkecimpung dalam arena politik dan fotografi.

Pemergian mendiang turut mendapat perhatian Menteri Kebudayaan Itali, Gennaro Sangiuliano yang memuat naik ucapan takziah di Twitter.

“Selamat tinggal seorang diva di layar perak yang memegang watak protagonis lebih setengah abad dalam sejarah pawagam di Itali. Pesonanya akan kekal abadi,” katanya.

La Lollo dilahirkan pada 4 Julai 1927 dan banyak membintangi filem di Perancis dan Itali seperti The Wayward Wife and Bread, Love and Dreams.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya