PAU 2022 : UMNO perlu bersedia gelombang pengundi muda PRU-16 - Utusan Malaysia

PAU 2022 : UMNO perlu bersedia gelombang pengundi muda PRU-16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :  UMNO perlu bersedia dengan gelombang pengundi muda pada Pilihan Raya Umum ke-16 yang dilihat berbeza dari segi sentimen dan persepsinya.

Menurut Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, keadaan tersebut dilihat tidak sihat untuk politik Malaysia, ditambah pula dengan penerapan sentimen perkauman yang disifatkan membahayakan.

“Politik nilai, politik khidmat, ikhtiar untuk membina negara yang terbaik, iltizam politik untuk meletakkan negara pada landasan ekonomi yang kukuh, semuanya  dikesampingkan. Sebaliknya, para pengundi khususnya pengundi baharu, diasak dengan sentimen perkauman dan persepsi.

“Bayangkan pelapis-pelapis negara kita memulakan langkah politik (political journey) mereka,  melalui lensa perkauman dan propaganda kebencian. Perasaan benci dan prejudis yang melampau ditanam dalam pemikiran anak-anak muda kita, yang baharu sahaja bersemangat dalam menunaikan tanggungjawab   demokrasi,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid lagi, perubahan demografi pengundi muda ini akan menjadi lebih mencabar, sekali gus UMNO tidak harus tenggelam dalam setiap anjakan landskap politik baharu ini.

 “Sudah tentu pemikiran mereka berbeza. Lensa politik mereka juga jauh lebih luas dan pelbagai. Soal-soal pembangunan bukan lagi pertimbangan. Penilaian tidak lagi bersandarkan rekod masa lampau. Landskap politik tahun-tahun mendatang,  sudah tentu berubah dengan pantas.

“Kita mesti bersedia mendepani satu lagi gelombang potensi pengundi baharu menjelang PRU Ke-16.  Pelajar-pelajar yang kini berada di tingkatan dua,  adalah merupakan mereka yang akan menjadi pengundi baharu. Diperkirakan wujudnya kohort 500 ribu, potensi pengundi baharu setiap tahun menjelang 2027,” ujarnya lagi. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya