Pas Selangor lantik pegawai dekati bukan Melayu - Utusan Malaysia

Pas Selangor lantik pegawai dekati bukan Melayu

Pas Selangor
Gambar Facebook Low Lee Leong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) dilihat berusaha untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu apabila komponennya Pas mengumumkan pelantikan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Melayu kepada Pesuruhjayanya di Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungannya, Roslan Shahir Mohd.Shahir, Low Lee Leong, 46 dilantik memandangkan negeri ini mempunyai bilangan bangsa bukan Melayu yang ramai untuk mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Menginsafi Selangor merupakan negeri berbilang kaum dan budaya dengan hampir 39 peratus rakyatnya terdiri dari masyarakat bukan Melayu atau Bumiputera.

“Pas Selangor melalui PN serius dalam menyediakan parti untuk menjadi alternatif kepada kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN 2023 ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, Pas negeri ini optimis PN berpeluang cerah memenangi PRN sekaligus mengambil alih negeri ini biarpun dinafikan pihak lawan. 

Ahmad Yunus berkata, keyakinan itu berlandaskan beberapa faktor dan perkembangan terkini reaksi rakyat yang didakwa muak dengan pembohongan dan janji palsu PH.

Dalam pada itu, Roslan Shahir memaklumkan, Lee Leong akan membantu Ahmad Yunus mendekati masyarakat bukan Melayu dengan membina hubungan antara Pas Selangor dengan komuniti, organisasi bukan kerajaan (NGO) serta badan berkepentingan melibatkan kaum tersebut.

“Saudara Lee Leong yang berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Aerongkasa dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama pasukannya dijangka akan mampu memberikan imej dan perspektif sebenar Pas kepada masyarakat bukan Melayu di Selangor dengan harapan mereka akan lebih faham dan tidak teragak-agak mengundi Pas dan PN dalam PRN Selangor 2023 nanti.Selamat Tahun Baru Cina,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.