Paku tembus bahu, cedera masa shooting perkara biasa - Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

Paku tembus bahu, cedera masa shooting perkara biasa – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pernah ditolak ke dinding sehingga paku menembusi bahu, penyanyi dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob menganggap, kecederaan yang tidak sengaja berlaku di set penggambaran adalah asam garam dunia perfileman.

Menceritakan semula pengalaman ketika menjalani penggambaran Janji Diana, cef selebriti itu berkata, dia tidak pernah menyimpan dendam atau menyalahkan mana-mana pelakon atas kecederaan yang dialami.

“Cedera masa shooting? Saya berparut dah 18 tahun!! Itu biasa! Abang Rosyam Nor tolak dan henyak saya ke dinding sampai paku masuk bahu masa shoot Janji Diana,

“Sepanjang malam darah menitis sampai basah jaket motor. Saya tetap salam cium tangan Abang Rosyam. Saya hanya cerita pada beliau, 15 tahun selepas itu.

“Tapi, parut tebal masih ada sampai hari ini. Masa shooting filem yang sama, saya jatuh motosikal sebab jalan ada pasir dan terhimpit kaki. Itu biasa!,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Tambah Fazley, sebagai anak seni, selain tahan kecaman dan kritikan, dia juga perlu menguatkan hati serta jiwa untuk berdepan dengan pelbagai cabaran, selain mensyukuri peluang yang ada.

“Asam garam dunia perfileman, hati kena kuat, jiwa kena kental! Bertahun saya berlakon dengan Skop Production, tetap saya enjoy dan berterima kasih kepada Datuk Yusof Haslam.

“Masih ingat filem dan drama lakonan saya? Gerak Khas The Movie 2, Janji Diana, Gila Bola, Sembilu Kasih dan banyak lagi.

“Terima kasih semua. Relaks sudah, jangan gaduh-gaduh. Kita semua adik-beradik dalam satu industri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN