Orang Melayu tolak pemimpin UMNO, bukan parti

Orang Melayu tolak pemimpin UMNO, bukan parti

ZAKARIA DULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemerosotan sokongan orang-orang Melayu kepada UMNO perlu difahami dengan jelas dan betul.

Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, orang Melayu marahkan kepimpinan dalam parti semua peringkat kerana mereka menganggap parti ini tidak mahu mendengar apa mereka kata dan nasihat.

Justeru, mereka sebenarnya meolak pemimpin UMNO dan bukannya menolak atau membenci parti.

“Itu dua perkara berbeza yang saya dan rakan-rakan lain perlu fahami.

“Oleh yang demikian pemulihan parti mesti bermula dengan melihat kembali diri kita sendiri sebelum melihat perkara lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sebuah program bual bicara pada 9 Januari lalu menyebut penolakan bangsa Melayu terhadap UMNO pada PRU15 dikaitkan dengan fenomena ‘gunting dalam lipatan’ yang wujud dalam parti UMNO buat masa ini.

Beliau menyokong kenyataan itu bahawa fenomena ‘gunting dalam lipatan’ inilah yang merosakkan perjuangan UMNO dan ia boleh dilihat dalam banyak situasi yang memesong dan mengelirukan UMNO itu sendiri termasuk bagaimana keputusan-keputusan yang diputuskan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebelum PRU15 telah dicabul dan dikhianati oleh fenomena itu.

Katanya, keretakan dan perpecahan kesatuan di dalam UMNO semenjak beberapa dekad lalu juga sangat terkait dengan fenomena gunting dalam lipatan, hasad dengki, tamak haloba, pecah amanah dan khianat sesama sendiri adalah unsur-unsur yang mendukung kewujudan fenomena itu dalam UMNO sendiri.

“Apa yang menghairankan, setiap kali UMNO berhadapan dengan fenomena gunting dalam lipatan dan usaha-usaha untuk mengatasi fenomena tersebut cuba dianjurkan, ia kerap disinonimkan dengan pengharaman pertandingan atau pemilihan jawatan di dalam UMNO khususnya jawatan di peringkat pucuk kepimpinan tertinggi.

“Saya berpandangan, saranan dan suara sebegini, adalah satu bentuk cadangan yang bersifat bermuka-muka dan juga saranan yang membawa rebah kepada UMNO itu sendiri sekali gus bakal menjauhkan lagi usaha-usaha memulihkan imej UMNO dalam kalangan bangsa Melayu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.