MetMalaysia keluar amaran hujan tahap bahaya

MetMalaysia keluar amaran hujan tahap bahaya di Johor, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan atau tahap bahaya melibatkan dua negeri iaitu Johor dan Sabah sehingga esok.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia setakat pukul 1 tengah hari, kawasan-kawasan terlibat adalah seperti Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dan Sabah (Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat).

Selain itu, amaran hujan berterusan atau tahap buruk dikeluarkan melibatkan kawasan seperti Pahang (Pekan dan Rompin), Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sarikei dan Meradong, Mukah dan Bintulu) dan Sabah (Pedalaman, Tambunan, Pantai Barat, Tawau, Lahad Datu, Kudat dan Kota Marudu).

Amaran Hujan Berterusan atau waspada turut dikeluarkan melibatkan kawasan-kawasan di Pahang iaitu Maran, Kuantan dan Bera, Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka, Sarawak (Sri Aman, Sarikei, Pakan, Julau, Sibu, Bintulu, Miri dan Sabah (Sandakan dan Tongod).

“Angin kencang 50- 60 km/jam dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh tersebut.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya