Mestilah gementar, gila tak! - Siti Nurhaliza pukau 60,000 penonton konsert A.R Rahman - Utusan Malaysia

Mestilah gementar, gila tak! – Siti Nurhaliza pukau 60,000 penonton konsert A.R Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Alhamdulillah, lega! Seronok tengok semua penonton bangun, standing ovation.”

Demikan luah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza usai persembahan memukau menerusi lagu klasik Tamil, Munbe Vaa pada konsert A. R Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Siti Nurhaliza yang anggun menyarung busana berwarna biru gelap terus membuktikan kehebatan dan memukau hampir 60,000 penonton yang hadir menyaksikan konsert legenda muzik India tersebut.

Meluahkan rasa lega, Siti Nurhaliza juga mengakui gementar namun berjaya melaksana persembahan dengan baik sehingga namanya sohor kini di tangga pertama di Twitter sejak malam tadi.

“Mestilah gementar, gila tak! Dekat atas pentas itu, masa mula menyanyi, bila not pertama dah okay, terus okay,” katanya menerusi sebuah video yang tular hari ini.

Siti Nurhaliza yang menyampaikan lagu tersebut bersama vokalis ternama India, Haricharan Seshadri turut meluahkan rasa teruja kerana berpeluang berkongsi pentas dengan AR Rahman.

“Saya berbesar hati dan gembira kerana diberi peluang berkongsi pentas dengan penyanyi bertaraf legenda ini.

“Saya akan cuba menyampaikan lagu ini dengan sebaik yang mungkin,” katanya sebelum memulakan persembahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.