Menteri arah tingkat pengurusan sampah di lokasi tumpuan pelancong di KL

Menteri arah tingkat pengurusan sampah di lokasi tumpuan pelancong di KL

NGA Kor Ming ketika melawat lokasi tumpuan pelancong di Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengarahkan tindakan segera diambil berhubung aspek kebersihan di kawasan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur terutama di Petaling Street.

Katanya, selepas lawatan di sekitar Kuala Lumpur malam tadi, beliau mendapati urusan kebersihan dan kutipan sampah di kawasan destinasi pelancongan itu kurang memuaskan. 

Beliau berkata, sehubungan itu syarikat Alam Flora perlu mengambil tindakan segera untuk meningkatkan khidmat pengurusan sampah.

“Semasa lawatan saya ke Petaling Street, saya mendapati urusan kebersihan dan kutipan sampah di kawasan destinasi pelancongan itu kurang memuaskan. 

“Saya telah mengeluarkan arahan kepada jabatan yang bertanggungjawab supaya tindakan segera perlu diambil oleh syarikat konsesi Alam Flora.

“Perlu ada pelan tindakan pemantauan sepanjang masa atau 24 jam di kawasan-kawasan strategik yang menjadi tumpuan pelancong seperti Jalan Ampang-KLCC, Bukit Bintang Walk, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Medan Pasar, Dataran Merdeka dan lain-lain. 

“Saya percaya syarikat Alam Flora akan mengambil tindakan segera untuk meningkatkan khidmat pengurusan sampah selepas lawatan saya semalam.  Ini penting untuk kita membangunkan industri pelancongan. 

“SW Corp di bawah Kementerian akan sentiasa menjalankan kerja-kerja pemantauan demi imej negara dan keselesaan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, semua pihak juga harus diingatkan bahawa kebersihan awam dan suasana yang kondusif amat penting untuk pembangunan industri pelancongan negara kita secara khusus dan kesejahteraan rakyat secara umum. 

“Selain agensi kerajaan dan syarikat swasta, saya juga berharap ibu bapa dapat mendidik anak-anak supaya mencintai alam sekitar dan tidak ada lagi yang membuang sampah di merata-rata tempat,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya