Memang tercabar tapi kena usaha kekal relevan - Shahz Jaszle - Utusan Malaysia

Memang tercabar tapi kena usaha kekal relevan – Shahz Jaszle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Shahz Jaszle melihat kehadiran bakat baharu sebagai persaingan sihat yang memberi semangat untuk dia terus berusaha meningkatkan mutu kerja dan penampilan.

Jelas pelakon Kami Histeria itu, dia juga perlu seiring peredaran teknologi yang memerlukannya sentiasa berinteraksi dengan peminat di media sosial.

“Tercabar itu mesti ada. Saya pula semakin berusia. Tetapi, itulah cabaran saya. Kena sentiasa pastikan penampilan terjaga.

“Kualiti kerja dan lakonan juga harus tinggi. Kita bersaing dengan anak muda, apa yang membezakan adalah pengalaman dan disiplin kerja.

“Kita juga kena seiring peredaran masa. Kena aktif di media sosial. Dulu, zaman saya bermula, mana ada semua itu. Sekarang kena struggle sikitlah,” katanya.

Shahz ditemui ketika majlis pelancaran Absolute Bazaar: Gaya Raya yang bakal berlangsung Mac depan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC).

Bapa kepada dua anak itu juga berpendapat, anak seni harus berani merebut peluang dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebagai punca rezeki lain.

“Kita tahu dunia seni tidak menjanjikan kesenangan sehingga ke hari tua, jadi perlu berani ambil risiko. Saya sendiri menjual minyak wangi dan berkolaborasi dengan jenama baju Melayu.

“Saya kena fikir masa depan anak-anak dan keluarga. Saya tak boleh duduk diam dan tunggu rezeki datang bergolek. Kena usaha cari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.