Hentikan rasuah negara mampu selamatkan hingga RM10 bilion daripada bocor - Utusan Malaysia

Hentikan rasuah negara mampu selamatkan hingga RM10 bilion daripada bocor

ANWAR Ibrahim ketika berucap dalam majlis dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negara mampu menyelamatkan sehingga RM10 bilion daripada kebocoran dalam sistem perolehan jika amalan rasuah dihentikan di semua peringkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ini termasuk pengubahsuaian pendekatan cara lama tanpa campur tangan politik atau kepentingan golongan peniaga besar dalam sebarang kontrak kerajaan.

Walaupun baru mengetuai Kementerian Kewangan tidak sampai dua bulan, namun beliau mendakwa sudah mengenal pasti kebocoran sekitar RM3 bilion ke RM4 bilion yang boleh diselamatkan termasuk yang ‘dialihkan’ kepada parti politik tertentu.

“Kadang-kadang rasuah ini sistemik. Yang atas beratus juta ringgit (dapat), yang bawah puluh ribu. Jadi macam mana nak tangani dengan cara besar?

“(Contohnya) saya bincang dengan Kementerian Pertahanan untuk tentukan kaedah pembelian senjata yang lebih profesional. Biarkan urusan berkenaan untuk TUDM, TLDM, TDM bertanggungjawab cari barangan terbaik dan runding antara kerajaan tanpa campur tangan politik atau kepentingan-kepentingan peniaga.

“Dari pengalaman saya, isu seperti banjir, pembelian senjata, kalau ini kita serahkan kepada yang upaya (untuk mengendalikannya), (maka) kita dapat kurangkan (ketirisan).

“Kita alami kebocoran tinggi, belum sampai dua bulan saya di Kementerian Kewangan saya kenal pasti ada RM3 bilion ke RM4 billion boleh diselamatkan, bocor kepada parti dan sebagainya. Kita boleh selamatkan mungkin RM10 billion daripada kebocoran yang terus berlaku dalam sistem perolehan,” katanya ketika berucap dalam majlis dialog Belanjawan 2023 di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya