Malaysia kecam keras askar Israel bunuh 10 rakyat Palestin

Malaysia kecam keras askar Israel bunuh 10 rakyat Palestin

PENDUDUK Palestin membawa satu daripada sembilan mayat mangsa yang terbunuh dalam serbuan Israel di kem pelarian Jenin di Tebing Barat. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas askar penceroboh rejim Israel angkuh membunuh seramai 10 warga Palestin pada Khamis lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, jenayah amat kejam itu membuktikan tindakan penaklukan berterusan oleh tentera negara haram tersebut ke atas penduduk Palestin.

“Komuniti antarabangsa dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) perlu bertindak segera terhadap pencerobohan terbaharu pasukan rejim Israel itu,” jelasnya.

Sembilan rakyat Palestin tersebut gugur syahid ketika operasi serbuan oleh tentera Zionis di sebuah kem pelarian di Jenin manakala seorang lagi ditembak mati dekat Ramallah.

Ia sekali gus menjadi hari yang paling berdarah di wilayah Tebing Barat dan angka maut tertinggi dalam operasi khas askar Israel yang pernah direkodkan oleh pihak PBB sendiri.

Pasukan keselamatan rejim Zionis itu seperti biasa mendakwa konon mereka diserang ketika cuba menangkap anggota skuad Jihad Islam dan terpaksa mempertahankan diri.

Mengulas lanjut, Wisma Putra menambah, keganasan kejam tentera penceroboh itu terbukti jelas mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk hak asasi manusia sejagat.

“Secara fakta, sikap keras Israel terus menjadi penghalang sebenar untuk penyelesaian yang komprehensif, adil, aman dan berkekalan bagi konflik dengan Palestin,” tegasnya.

Justeru, Malaysia ujarnya, mengulangi pendirian sejak sekian lama negara ini akan tetap berdiri teguh menyokong usaha kemerdekaan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Langkah berkenaan tambah Wisma Putra, turut perlu berdasarkan peta yang dipersetujui dengan garis sempadan pra-1967 dan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya