Aktiviti ketenteraan Israel meningkat di Lubnan - UNIFIL - Utusan Malaysia

Aktiviti ketenteraan Israel meningkat di Lubnan – UNIFIL

KENDERAAN berperisai Pasukan Pengaman PBB di Lubnan (UNIFIL) meronda kawasan sempadan di Marjayoun, selatan Lubnan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) melaporkan peningkatan aktiviti ketenteraan Israel yang meluas.

Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, antara Jumaat hingga Isnin, UNIFIL merekodkan aktiviti ketenteraan yang meluas di seluruh kawasan operasi mereka.

Beliau memaklumkan, pasukan pengaman itu mengesan lebih 1,296 trajektori atau peluru yang dikaitkan dengan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan 64 trajektori atau peluruh dikaitkan dengan Hizbollah dalam tempoh tersebut.

Dalam pada itu, Haq berkata, sekatan terhadap pergerakan pasukan UNIFIL terus berlaku hampir setiap hari.

Katanya, pada Sabtu sebuah kereta kebal dan jentolak tentera Israel menghalang pergerakan anggota UNIFIL di Sektor Barat.

Haq menyatakan, semua pihak bertanggungjawab memastikan UNIFIL diberi kebebasan pergerakan tanpa sekatan dan dapat melaksanakan fungsi mandatnya.

Merujuk kepada Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), beliau berkata, keadaan kemanusiaan di Lubnan semakin merosot walaupun terdapat gencatan senjata.

“Lebih 100 serangan dilaporkan dalam tempoh 24 jam sahaja, manakala 87 orang terbunuh sepanjang hujung minggu,” katanya.

Beliau turut menekankan keperluan tambahan dana bagi Pelan Tindakan Kecemasan berjumlah AS$308 juta (RM1.2 bilion) untuk tempoh Mac hingga akhir Mei dan memberi amaran ‘tanpa pembiayaan penuh, akan berlaku gangguan kepada perkhidmatan penting seperti kesihatan, air dan sanitasi’.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×