KWSP kongsi 9 tips atasi masalah kewangan 

KWSP kongsi 9 tips atasi masalah kewangan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengongsikan sembilan tips yang boleh dilakukan orang ramai ketika menghadapi masalah kewangan. 

Menurut dua hantaran di Facebook rasminya, pihaknya memahami masalah kewangan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. 

Sehubungan itu, katanya, antara perkara yang boleh dilaksanakan adalah dengan mencatat perbelanjaan, disiplinkan diri dalam merancang perbelanjaan, minimumkan hutang, lindungi diri daripada scammer dan berhemah ketika berbelanja. 

Selain itu, katanya, ketika mengalami masalah kewangan, orang ramai juga perlu mengetepikan sebahagian duit untuk simpanan kecemasan, semak laporan kredit dari semasa ke semasa, rancang pembayaran semula hutang dan nilai semula matlamat kewangan. 

“Semoga ia dapat membantu,” tulisnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya