KPM teliti keperluan tambah prasekolah di bandar - Utusan Malaysia

KPM teliti keperluan tambah prasekolah di bandar

Prasekolah
FADHLINA Sidek dalam sidang akhbar di SMK Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan akan meneliti keperluan untuk menambah bilangan prasekolah di kawasan bandar di seluruh negara berikutan terdapat permintaan tinggi terhadap kemudahan tersebut terutama dalam kalangan kelompok B40.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, hal ini perlu dilihat dengan lebih mendalam memandangkan terdapat beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum satu keputusan boleh dibuat.

“Tidak dinafikan ada keperluan bagi menambah dua pusat pendidikan itu ketika ini. Namun, kita akan melihat dasar kementerian bagi membolehkan dua pusat pendidikan ini dapat ditambah,” katanya selepas melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, semalam.

Beliau menambah, isu penambahan prasekolah di bandar sudah dibincangkan bersama Ketua Setiausaha (KSU) KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Fadhlina memaklumkan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan yang akan diberi tanggungjawab bagi menyelesaikan isu beban guru yang ditimbulkan majoriti guru ketika ini.

Menurutnya, majlis itu akan ditubuhkan tidak lama lagi dan beliau akan mengumumkan penstrukturan keanggotaan majlis tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya